Client Login Client Area   |   Phone 09-7430977

eBay jual kereta curi

LOS ANGELES: Seorang lelaki Texas yang kehilangan keretanya 42 tahun lalu, menemui semula kenderaan itu di California selepas mengesannya di eBay, kata pihak berkuasa semalam.

Klik untuk besarkan gambar
ebay_logo_in_office

Robert Russell memberitahu, dia tidak pernah berhenti mencari kereta Austin-Healey keluaran 1967 itu selepas dicuri dari rumahnya di Philadelphia pada 1970.

Menurut bekas pengurus jualan itu, dia membeli kereta berkenaan daripada rakannya dengan harga AS$3,000 (RM9,535).

“Ia ada nilai sentimental kerana pada malam sebelum dicuri, saya membawa bakal isteri saya bersiar-siar untuk kali kedua,” katanya. Russell, 66, berkata dia tidak pernah putus asa menghabiskan masa bertahun-tahun melayari Internet untuk mencari kereta berkenaan.

“Agak mustahil untuk melihat kereta itu masih ada kerana ia mungkin menjadi besi buruk,” katanya. Menurut Russell, dia menyemak laman sesawang eBay sesekali dan akhirnya ternampak kereta itu beberapa minggu lalu. Dia serta-merta menghubungi penjual kereta itu yang berada di Beverly Hills.

“Nombor pendaftaran kenderaan itu sama dengan kereta saya, selain masih mempunyai kunci asal,” katanya.

Bagaimanapun, tiada sebarang bukti ia pernah dicuri daripada Russell. Selepas menghubungi polis Philadelphia, Russell diberitahu, laporan kecurian kereta itu tiada dalam rekod Biro Siasatan Persekutuan kerana nombor pendaftarannya tidak dimasukkan dengan betul. Selepas disemak, laporan itu ditemui dan fail berkenaan dibuka semula, membolehkan pihak berkuasa merampasnya. Menurut nilai semasa, kereta itu dianggar AS$23,000 (RM73,108) – AP

About the Author
ejoe akman adalah founder ejoeSolutions. Berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang pembangunan web & pembangunan sistem online menggunakan PHP & MySQL.

Leave a Reply

*

Dapatkan tips-tips pembangunan laman web & promosi terkini dari kami!

ejoeSolutions adalah satu-satunya syarikat web hosting & rekabentuk laman web di Kelantan. Berikut perkhidmatan yang kami tawarkan:

  • Rekabentuk Laman Web
  • Hosting & Domain
  • Latihan ICT
  • Penyewaan Bilik Training
  • Marketing Melalui Facebook
[X] Close this popup

Your Information will never be shared