Client Login Client Area   |   Phone 09-7430977
  • asus fonepad

Asus Malaysia perkenal fonepad

ASUS Malaysia memperkenalkan produk terbarunya Fonepad, iaitu peranti mudah alih dengan sambungan suara serta internet 3G berciri lengkap seperti telefon bimbit pintar serta keupayaan sama seperti tablet dengan harga rendah.Dilengkapi pemprosesan terkini Intel Atom Z2420 dan disokong perisian Android 4.1, Fonepad menawarkan paparan berdefinisi tinggi serta gambar yang jelas.

Klik untuk besarkan gambar
asus fonepad

“Memang sesuai untuk memiliki peranti dengan skrin lebih besar kerana sekarang ini, hiburan, media sosial dan pelbagai aktiviti dalam talian lain memainkan peranan penting dalam gaya hidup pantas masyarakat,” menurut Pengurus Produk ASUSTek Computer Inc, Tony Liao.”Fonepad adalah kombinasi inovatif antara tablet dan telefon bimbit dalam satu peranti tunggal yang memberikan prestasi berkuasa dan fleksibiliti yang diperlukan untuk memenuhi permintaan pasaran,” katanya.

Fonepad telefon pintar & hiburan

Menurut Asus, produk terbaru itu sesuai untuk pengguna yang mahukan ciri komunikasi suara yang boleh didapati pada telefon pintar dan hiburan yang disediakan oleh tablet, tetapi mahu menggunakan hanya satu peranti sahaja.

Fonepad dengan skrin tujuh inci direka nipis dan ringan bagi membolehkan ia dipegang dengan mudah serta mempunyai hayat bateri sehingga sembilan jam.Asus Fonepad dijual bermula minggu kedua April pada harga bermula RM849 untuk model dengan simpanan 8GB. -sinarharian

Galllery Asus Fonepad

 

About the Author
ejoe akman adalah founder ejoeSolutions. Berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang pembangunan web & pembangunan sistem online menggunakan PHP & MySQL.

Leave a Reply

Dapatkan tips-tips pembangunan laman web & promosi terkini dari kami!

ejoeSolutions adalah satu-satunya syarikat web hosting & rekabentuk laman web di Kelantan. Berikut perkhidmatan yang kami tawarkan:

  • Rekabentuk Laman Web
  • Hosting & Domain
  • Latihan ICT
  • Penyewaan Bilik Training
  • Marketing Melalui Facebook
[X] Close this popup

Your Information will never be shared