Client Login Client Area   |   Phone 09-7430977

Animasi terbaru Pada Zaman Dahulu

Les’ Copaque bakal muncul dengan siri animasi terbaru yang lebih menarik dan berkualiti tinggi berbanding siri animasi Upin & Ipin sebelum ini. Pada Zaman Dahulu merupakan siri animasi kedua yang dihasilkan oleh Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. selepas kejayaan siri Upin dan Ipin. Siri ini mempunyai 12 episod untuk ditonton dan ini bakal menjadi sebuah lagi produk yang akan membawa nama Malaysia di persada dunia.

Klik untuk besarkan gambar
pada zaman dahulu
.

Ia menjadikan kisah Sang Kancil sebagai medium hiburan dan pengajaran. Maka tidak hairanlah siri ini sangat sesuai di dalam menyampaikan mesej kepada kanak-kanak terutamanya dengan cara yang mudah dan menghiburkan.

Siri ini memaparkan tentang Aris dan Ara yang tinggal di kampung bersama Aki dan Wan. Terlalu biasa tinggal di bandar menyebabkan mereka sukar untuk membiasakan diri di kampung. Seperti kanak-kanak lain, Aris dan Ara juga nakal dan sering terlibat dengan masalah. Dari situ Aki cuba mendekati cucu-cucunya itu dengan bercerita kisah-kisah Sang Kancil agar mereka belajar dari kesilapan.

Pada Zaman Dahulu ditayangkan di saluran Al-Hijrah

Untuk mengikuti perkembangan lanjut mengenai siri animasi yang akan di tayangkan di saluran Al-Hijrah ini, anda boleh melawat laman Facebook “Pada Zaman Dahulu” atau terus ke laman rasmi siri ini di PadaZamanDahulu.com sekarang.

Layankan sedikit preview dari siri ini selepas ini! -ohbulan

About the Author
ejoe akman adalah founder ejoeSolutions. Berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang pembangunan web & pembangunan sistem online menggunakan PHP & MySQL.

Leave a Reply

Dapatkan tips-tips pembangunan laman web & promosi terkini dari kami!

ejoeSolutions adalah satu-satunya syarikat web hosting & rekabentuk laman web di Kelantan. Berikut perkhidmatan yang kami tawarkan:

  • Rekabentuk Laman Web
  • Hosting & Domain
  • Latihan ICT
  • Penyewaan Bilik Training
  • Marketing Melalui Facebook
[X] Close this popup

Your Information will never be shared